akhirnya...

Posted: Monday, August 23, 2010 by izham27 in
2

assalamualaikum,

rasenye dah terlampau lame diri ini tak mengupdate blog nih. Kalau orang laen dah bersawang tapi utk aku nih tak taw la...mungkin da ber...(pikir ayat..huhu). Itulah orang nak buat blog die nak ikut buat same...Mungkin kesibukan hidup di intec ni tidak memungkinkan aku untk mengupdate blog nih...aku bukan ape aku tak suke tulis blog yg cerita diari hidup ko aku sbb buat ape nak bgtaw orang lain ape yang ko buat..kecualilah ko tu orang besar ke kenamaan ke...hehe,ini mungkin kritikan umum ek...bagiku blog merupakan sebuah medium di mana kite boleh bertukar-tukar ilmu yang kita ade, mungkin pengalaman bergune, bende yang kita blaja tak kisah la kat mane pun yang penting mungkin boleh mengajak pembace blog nih berfikir. ( Ini pendapat sendiri penulis..). Kita sering disajikan dengan bahan bacaan yang kurang buat kita berfikir lantas menjadikan kita orang yang lembap...kot.

Kali ni aku nak berkongsi tazkirah la yang ak dapat kat masjid di seksyen 18. Tazkirah ni disampaikan oleh ahli parlimen shah alam, Khalid Samad. Tazkirah ni banyak berkisar mengenai takwa. Antaranya ialah maksud takwa itu sendiri. Pada Suatu ketika Amirul Mu'minin Umar bin Al-Khattab bertanya kepada Ubay bin Kaab tentang taqwa. Ubay membalas "Wahai Amiral Mu'minin, pernahkan tuan melalui jalan yang penuh dengan duri? Jawab Umar "Pernah". Ubay bertanya "Bagaimana tuan melaluinya? Jawab Umar "Saya akan menyisingkan betis saya dan saya akan berhati-hati ketika melangkah supaya tidak terpijak duri". Maka jawab Ubay "Itulah taqwa". Daripada kisah ini kita boleh amek pengajaran bahawa takwa ni adalah suatu perasaan di mana kita berhati hati untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Itu jelah tazkirah ramadhan yang aku nak sampaikan..Aku ni pun ilmu agama takdelah sebnyak rakan rakan yang lain tapi nak jugak kongsi ngan reader yang lain...huhu
Sampai sini jelah tulisan aku yang tak seberape nih...Jumpe lagi dalam post yang akan datang..feel free to share anything in my blog...blog ni untuk semua reader yang ingin berkongsi ilmu yang anda ada...sekian, adios!


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
&
SELAMAT HARI RAYE AIDILFITRI (alang2..hehe)




2 comments:

  1. huHU, setuju2..
    buat ape bgtaw org ape kita lalui.. haHA,no point!

    Thanx,bertambah definisi taqwa dalam diari aku.. huHU..

  1. oit.. dah update blog ea :)