ni hao!

Posted: Wednesday, December 1, 2010 by izham27 in
5

tik tok...

dah lame aku tinggalkan blog nih semenjak aku sampai kat jordan nih..mungkin ta de idea kot nak tulis ape...huhu..hari ni..tanggal 2 Disember 2010,aku akan amik pekse Bio for the second time kat jordan..second tyme?fuh!cepat tol mase berlalu.....dah nak tige bulan aku duduk kat jordan nih...


sepanjang dua bulan(maybe lebih...hahaha) meninggalkan blog yang aku rase bukan setakat berhabuk,mungkin dah jadi rumah puake lagi, aku lalui byk peristiwa yg
aku rase di malaysia susah nak dapat...first tyme dulu bile orunk tanye kat aku,"kenape nak pilih Jordan?"..aku dengan bangge jawab,"negare Islam,senang skit...lagi2 Arab..".Antare asas mengape aku cakap camtu sbb minda aku tyme masih menganggap bangse Arab..bangse Nabi Muhammad...sepatutnye bagus2 blake...mase tu aku fikir,kalo ade yang kurang baek pon skit2 je...

Tapi, bile aku samapi kat sini..tanggapan jauh meleset sekali...hampir semua larangan Allah dan Nbi Muhammad mereka lakukan...baik lelaki mahupun wanita...aku slalu berfikir,mereka dianugerahkan al-Quran dalam bahase Arab and termasuk juga Sunnanh Nbi...tapi larangaNdalam due2 sumber syariah Islam jugak la yang diorunk suke nak buat...im not saying that all of them tapi aku tgk yang buat nih jumlahnye seperti incomplete dominance bak kate Mendel...hua3...Aku taw kat Malaysia lagi teruk..but my point is memiliki sesuatu ta bermakne ko menguasai sesuatu itu...

Mkasud aku adalah, bangse Arab ni dorunk tahu ape yang terkandung dalam al Quran tetapi mereka ta memahami dengan betul isi kandungan betul2..tu la sampai masalh seperti gangguan seksual,menipu dalam perniagaan, pemakaian yang boleh menggugat iman,masalah mentaliti(kalau janji dengan orang lain mesti esok and thats mean next month..),kurang ajar(terutama kanak2 dan pemuda) dan lain2..semua yang aku tulis ni sebahagian dari pengalamn aku duduk kat jordan baru tige bulan..pretty lot huh?..kat sini budaye menghina orang lainn agak teruk gak..budak2 malaysia slalu digelar ali baba yang membawa maksud sgt tak elok..macam aku cakap sebelum ni bukan semua buruk itu ade pade jordan..huhu..

I learnt something big...ketaqwaan itu bukan terletak pade sesiape yang memiliki al Quran dan hadis, tetapi bagi mereka yang betul memahami dan memanifestasikan segala ajaran dalam bentuk amalan...sesungguhnya yang paling tinggi disisi Allah ialah mereka yang bertaqwa..ini selari dengan dalil Quran dalam surah hujurat ayat 13(credit to Zaki..huhu)..bukan semua pisang busuk dalam satu sikat..mesti ade yang sedap..huhu..kat jordan ni byk mende aku boleh wat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Permai(persatuan mahasiswa Irbid) yang aku rase bagus la...

Last sekali, kat sni aku tambah kenalan baru..dengan budak2 universiti Yarmouk...bakal2 ustaz dan ustazah...yang dah kenal dari intec macam ucop,afiq yasim,zaki,iqbal,malo,suhana leza bt zulkifli,budak2 mej 06 kat intec dan dak2 mej lain, aku kenal dengan lebih rapat agy..fufu..ayat ta ley bla...haha...aku harap kat sini aku ley jadi orunk baik kat sini dan sini merupakan asas sebelum aku pulang Mlaysia dengan mengenggam segulung ijazah pergigian dengan beberape nilai tambah lain...insya allah...nak tulis banyak lagi tapi takut merapu..haha..klah...sampai sini,Adios!

aku ngan kawan2 kat laut mati( bes uh!)

LUAHAN PERASAAN SEBELUM PEKSE oleh,
-Am- (name baru orunk panggil..haha)

akhirnya...

Posted: Monday, August 23, 2010 by izham27 in
2

assalamualaikum,

rasenye dah terlampau lame diri ini tak mengupdate blog nih. Kalau orang laen dah bersawang tapi utk aku nih tak taw la...mungkin da ber...(pikir ayat..huhu). Itulah orang nak buat blog die nak ikut buat same...Mungkin kesibukan hidup di intec ni tidak memungkinkan aku untk mengupdate blog nih...aku bukan ape aku tak suke tulis blog yg cerita diari hidup ko aku sbb buat ape nak bgtaw orang lain ape yang ko buat..kecualilah ko tu orang besar ke kenamaan ke...hehe,ini mungkin kritikan umum ek...bagiku blog merupakan sebuah medium di mana kite boleh bertukar-tukar ilmu yang kita ade, mungkin pengalaman bergune, bende yang kita blaja tak kisah la kat mane pun yang penting mungkin boleh mengajak pembace blog nih berfikir. ( Ini pendapat sendiri penulis..). Kita sering disajikan dengan bahan bacaan yang kurang buat kita berfikir lantas menjadikan kita orang yang lembap...kot.

Kali ni aku nak berkongsi tazkirah la yang ak dapat kat masjid di seksyen 18. Tazkirah ni disampaikan oleh ahli parlimen shah alam, Khalid Samad. Tazkirah ni banyak berkisar mengenai takwa. Antaranya ialah maksud takwa itu sendiri. Pada Suatu ketika Amirul Mu'minin Umar bin Al-Khattab bertanya kepada Ubay bin Kaab tentang taqwa. Ubay membalas "Wahai Amiral Mu'minin, pernahkan tuan melalui jalan yang penuh dengan duri? Jawab Umar "Pernah". Ubay bertanya "Bagaimana tuan melaluinya? Jawab Umar "Saya akan menyisingkan betis saya dan saya akan berhati-hati ketika melangkah supaya tidak terpijak duri". Maka jawab Ubay "Itulah taqwa". Daripada kisah ini kita boleh amek pengajaran bahawa takwa ni adalah suatu perasaan di mana kita berhati hati untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t. Itu jelah tazkirah ramadhan yang aku nak sampaikan..Aku ni pun ilmu agama takdelah sebnyak rakan rakan yang lain tapi nak jugak kongsi ngan reader yang lain...huhu
Sampai sini jelah tulisan aku yang tak seberape nih...Jumpe lagi dalam post yang akan datang..feel free to share anything in my blog...blog ni untuk semua reader yang ingin berkongsi ilmu yang anda ada...sekian, adios!


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
&
SELAMAT HARI RAYE AIDILFITRI (alang2..hehe)




Aku dan Rawa...

Posted: Sunday, April 11, 2010 by izham27 in
2



assalamualaikum semua taulan..


x tawla dah lame ker aku x mengupdate blog aku nih..banyak idea tapi x de isi nak tulis..tulis pasal cinta nanti orang laen kate aku ini budak jiwang..kui3..x pe kali ini biarlah aku kongsi topik yang lebih ringan iaitu topik sejarah keluargaku..haha..bapaku seorang anak rawa manakala ibuku campuran kelantan-pakistan..ha..campuran uh..yang nak aku kongsikan kat sini adalah perihal asal usul keluaga bapaku iaitu melayu Rawa..pelik?x pernah mendengar akan rawa?jawa pernah la kan...huhu.Melayu Rawa ni juga dikenali sebagai Rao dan di sumatera dikenali sebagai Mandailing

Melayu Rao ini bagi aku macam lebih kurang macam melayu kat negeri sembilan dari segi pertuturannya..cume kami Melayu Rao tidaklah bereden, eden=saye..klu dalam Rawa,korang=kilen..ha..pernah tengok x iklan air berkarbonat yang azlee senario berlakon tuh..ade perkataan rawa digunakan sebenarnye..on daii..tu la antara frasa Rawa yang aku sendiri pun x tahu maksud nyer..huhu..sebenrnye aku pon x tahu aku nih Melayu Rawa tapi mase raye tahun lepas barulah aku tahu bile pakcik aku mintak bapak aku join lawan web komuniti orang Rawa. Lagi satu pasal bahase Rawa yang aku ingat aadalh dorang menambah -iang kat belakan ayat seperti kencing=konciang,kucing=kuciang..camtulah lebih kurang

Melayu Rawa ni dahulunya sarat dengan adat perpatih dan ilmu ghaib dan sekarang ni kurang diamalkan sebab kita semua tahu bende yang bertentangan dengan syariat Islam..yang perpatih tu x lah..sejarah Melayu Rawa bermula di Kecamatan (daerah kecil) Rao Mapat Tunggul,di dalam Kabupaten (daerah) Pasaman, Propinsi(negeri) Sumatera Barat, Indonesia..pekerjaan utama suku Melayu Rao ialah petani, pedagang, pelombong dan mahir juga dalam pentadbiran dan keagamaan

Hijrah Rao ke Tanah Melayu

Mengikut sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.

Kerancakan aktiviti perlombongan emas di abad 17 Masehi dan perlombongan bijih timah di abad 18 Masehi telah mendorong sebahagian besar para pelombong suku kaum Rao ke Tanah Melayu, melalul Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).

Penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, panglima dan sebagainya. Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri:

• Negeri Sembilan

• Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun 1773 dan melatul Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848

• Negeri Pahang

• Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.

• Negeri Selangor

• Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenalpasti.

• Negeri Perak

• Penghijrahan melalul Sungai Perak, Sungal Bidor dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.

• Negeri Kelantan

• Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalul Pahang, khususnya di Jajahan Pasir Mas melaiui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.

Dan aku berasal dari Melayu Rawa Perak di Selama,Kampung Medan..yang aku tahu la ade juga orang2 ternama yang berasal dari Melayu Rawa antaranye Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf bin Haji Abdullah Ar-Rawa, Amy Mastura, Rafidah Aziz, Tan Sri Aziz Samsuddin dan lain2..Akil Hayy?x taw la sbb die x de dalm buku yang aku baca tuh..mungkin x masuk lagi kot..oklah sampai sini sahaje nukilan x seberape aku ni..harap dapat menambahkan lagi pengetahuan anda tentang Melayu..sebab Melayu itu banyak sukunya di Nusantara ini Jawa, Minang, Pattani, Terengganu, Kelantan, Acheh dan lain2..kepade pembace harap sudi meninggalkan komen dan berkongsi info tentang asal usul anda..sekian, terima kasih...



THANKS FOR READING

P/S : minta maaf bahasa kurang indah...huhu



Manikam Kalbu

Posted: Wednesday, March 31, 2010 by izham27 in
2


Assalamualaikum

Kali ini aku nak tulis satu pos pasal novel yang aku telah bace karangan seorang pengarang yang prolifik dan penuh kontroversi di negara ini..siapa lagi x lain dan x bukan..Faisal Tehrani..novel ini bertajuk Manikam Kalbu dan banyak berkisar tentang dunia fesyen dan Islam..novel berkisar mengenai dua zaman berbeza iaitu zaman sekarang dan zaman kesultanan melayu melaka semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah yang terkenal dengan kewarakannya..dua watak utama dari dua zaman berbeza tetapi dengan stu misi..mentajdidkan busana melayu...aku meneruskan kajian aku tentang asal usul baju Melayu dan baju kurung sebab tertanye tanye betul ke Manikam Kalbu..adakah ia fakta atau cuma watak fiksyen yang diadakan oleh penulis?
Aku mulakan kajian melalui bacaan sebab sumber sejarah ni kene banyak membace..kene bace baru boleh menulis..teringat kata2 A Samad Said kepada Faisal Tehrani semase hendak baru2 menulis..katenye ade 5 tips untuk menulis pertama kita perlu membaca,kedua membaca,ketiga mambaca,keempat membaca dan kelima menulis..jika kelima itu membaca maka dia boleh menjadi pembaca sahaja...mengenai kajian aku nih ak cri sape yang mengasaskan baju melayu dan baju kurung..klu diikutkan dalam novel ini diceritakan baginda sultan teklah bermimpikantentang puterinya yang berpakaian yang tidak elok lalu diadaka pertandingan mencipta busan yang akhirnya dimenangi oleh seorang golongan bawahan bernama Manikam Kalbu...lalu berlayarlah manikam kalbu ini kesuluruh nusantara untuk mempelajari seni seni busana Melayu..
Antara isu yang nak diketengahkan kepada pembaca setakat yang sya paham ialah:
  1. Falsafah di sebalik busana Melayu itu sendiri. Antaranya ialah konsep rekaan baju kurung itu sendiri..Wanita hari ini perlu tahu apa yang dipakai oleh mreka...ini petikan dalam novel mengenai baju kurung
Tuanku, pacal namakan busana pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa, dan tidak mengetam. Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai bersama, tahu cara memakainya dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya. Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong

Selain itu terdapat juga falsafah busana melayu dalam rekaan baju melayu itu sendiri. Kite nih termasuklah aku x pernah terpikir sebab ape baju melayu itu direka seperti itu..tidak seperti pakaian kaum lain..seperti dhoti ker..samfoo ker..ha..tengok petikan ini

“Apakah maknanya baju yang pertama itu berbutang lima sedang baju yang kedua ini pula berbutang satu?

“Ampun tuanku, beribu ampun. Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat limat waktu justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah ketiganya itu mengingatkan kepada puasa Ramadan dan yang keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik haji.”

“Teruskan! Teruskan!”

“Ampun, Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan ALlah yang satu. Pacal bayangkan bumi ini bulat sperti mulut belanga dan kita duduk mukanya sebagai abdi Tuhan.”

Berdasarkan daripada petikan petikan dari novel ini kita lihat pereka busana Melayu zaman dahulu mementingkan sebab kepada sesuatu yang diciptakannya..semua yang dicipta ada fikirannya,logikalnya,akidahnya,akhlaknyer...Busana yang dicipta tidak hanya memntingkan nilai estetika hingga mneggadaikan syariah Islam supaya menutup aurat..Islam itu indah dan jangan kita merosakkan keindahan yang Islam ada dengan mencipta pakaian yang jelas bertentangan dengan apa yang Islam unjurkan...

OH!fesyen Melayu itu seperti sudah ketinggalan zaman...tidak mengikut peredaran zaman..hanya sesuai diamalkan oleh orang Melayu kampung sahaja..tidak sesuai..tetapi saya/aku fikir tetap ade rakyat negera ini yang bukan Melayu malah turut menggemari memakai busana Melayu..kenapa jika kita fikir mungkin pakaian baju kurung ini lebih selesa berbanding pakaian yang ketat2..susah hendak bergerak..ini jawapan yang aku terima dari officer kat opis mak aku yang berbangse Cina...mungkin jawapan itu belum cukup kuat tetapi kita fikir ayat ayat ini..

Kata-kata bernas Cikgu Chee membuka matanya. “Ziryab, awak tahu kenapa saya sangat suka memakai baju kurung? Soalnya bukan terletak pada hakikat baju kurung itu hak Melayu. Soalnya ialah apakah unsur keperibadian Melayu dalam baju kurung itu yang boleh diterima dan diterapkan dalam pembinaan bangsa Malaysia? Baju kurung menampung banyak makna pada kata-kata saya tadi. Fikirkanlah. ..”

Walaupun ayat ayat ini hanya hasil cetusan idea dari pengarang sendiri yang berbangsa Melayu namun jika kita faham dan kita praktikkan idea ini tidak mustahil busana Melayu boleh menjadi pilihan..bukan Bangsa Melayu sahaja yang mengalami kemerosotan budaya malah bangsa lain turut mengalami nasib yang sama dek hujan idealogi barat yang semakin lebat menghujani negara ini yang bertindak seperti hujan said yang menghakis norma norma MURNI masyarakat Malaysia yang diamalkan sejak dahulu...kita singkap kembali sejarah Islam semasa kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah terdapat golongan Mozarab iaitu glongan yang mengamalkn budaya Arab Islam (bukan Arab Jahiliyyah)ini bermakna budaya Melayu yang bertunjangkan Islam juga mampu mencapai tahap yang sama.

Sampai sini je ulasan buku Manikam Kalbu...kita perlu ingat bahawa novel itu sepatutnya bukan sekadar cerita tetapi ade pemikiranya..huhu..baru boleh mengubah manusia bukan hiburan semata mata yang melalaikan dan menjauhkn kita dari Allah..Yang penting bacalah novel ni..bes!lain dari yang lain....sains itu proses manakala seni itu hasilnya

Pabila Sunan bertemu Tuah

Posted: Thursday, March 25, 2010 by izham27 in
2


Salam intelektual kepada sume..huhu


Aku rase tajuk kali ni mesti ade sesetengah orang tahu mane aku amik..kepade yang x taw Sunan ni aku amik dr novel trilogi Bagaikan Puteri karangan Ramlee Awang Murshid dan yang terbaru sambungannya Cinta Sufi...kat sini bkn nak cite pasal novel tuh sebab ade orang x bace lagi novel tuh nnti ade owg marah ek..(senanye ade idea tp isi kurang skit..huhuhu..sowi!)

Ok!skrang kite berbalik kepada isu utama yang aku nak utarakan melalui tajuk diatas nih..sebelum tuh biar aku perkenalkan siape Sunan nih..die ni hanya watak rekaan sendiri oleh penulis(rasenye) walaupun dalam novel ini berkait rapt dengan Kesultanan Melayu Melaka malah ade bersangkut paut dengan Hang Tuah..apepun syabas kepade author kerane berjaya menghidupkan watak Sunan ini ataupun nama sebenarnye Saifuddin, lelaki berduka dari Rencong..x payah cari dalam internet sape die nih..wujud ke x..Laksamana Sunan ini merupakan seorang yang alim dan kuat beribadah mengikut gambaran penulis...Die juga handal bertarung bersama Keris Nanngroe pemberian guru agamenye di Acheh, Wali Sufi..seorang yang tenang dan bijak membuat keputusan..kepada pembaca novel ini pasti akan mengatakan bahawa Laksaman Sunan ini merupakan pahlawan Islam terkenal di Nusantara ini..(jika wujud)

Laksamana Hang Tuah..sape yang x tahu tentang die nih...kehandalannya disebut2 dalam kesusasteraan Melayu iaitu Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang dan dalam Hikayat Hang Tuah...Berdasarkan penceritaan tentang Hang Tuah ini merupakan seorang yang gagah perkasa bersama Taming Sarinya..seorang hero kepada orang Melayu ketika itu seperti Ultraman menjadi hero kepada kanak2 pada hari ini..

Isu yang disentuh oleh aku/saye kali ini adalah pabila Sunan bertemu Tuah..Sunan yang digambarkan sebagai pejuang Islam bertemu dengan Hang Tuah pendekar Melayu...walaupun hanya wujud dalam novel sahaja tapi saye rase ini merupakan antara isu yang ingin diutarakan oleh pengarang sendiri..apabila Islam bergabung dengan Melayu..terdapt babak dalam novel Cinta Sufi di mana kedua2 pahalawan ini bergabung tenaga untuk menentang soldadu Portugis..walaupun hanya fiksyen semata-mata tetapi jika kita mengambil isu ini sebaiknya dan menjyakannya insya allah Islam akn dipandang Mulia semula di Nusantara ini(x perlu g jauh2)

X boleh budaya x boleh dicampuradukkan dengan agama..begitulah nnti ade jawapan yang akan kedengaran...macam nih hasil pemahaman saye (klu ade salah betulkan ek!)..Islam yang tiba di Nusantara ini merupakan Islam kebudayaan..mengapa saya berkata begitu..cara Islam tersebar di Nusantara ini agak berbeza sedikit dari tempat lain..semasa Islam tiba di sini pada awalnya di Acheh(Islam tiba lebih awal di Indonesia)Wali Songo sendiri menghadapi kesukaran untuk menyebarkan Islam di mana orang di Nusantara in sangat kuat berpegang dengan budayanya..jadi mereka menggunakan budaya itu sendiri untuk menyebarkan sendiri seperti wayang kulit, penceritaan, dan sebagainya..hasilnye Islam berjaya tersebar dan hasilnya wujud kerajaan Islam seperti Kesultanan Demak dan Kesultanan Cirebon

Di Negara ini kita lihat sendiri masalh sosial semakin menjadi2...apa sebabnye?agama ditinggalkan dan budaya murni Melayu diperkotak katikkan..Kita tinggal budaya Melayu Islam dan memilih untuk beramal dengan budaya hedonisme dan berfikir dengan pemikiran pasca moden yang menolak kepada kekuasaan mutlak(dalam Islam: kpd Tuhan dan Rasulnya)..kita lebih senang mengatakan ah!Islam itu luas dan bebas..x de paksaan..itu sume pemikiran Barat yang cube diserapkan dlam pemikiran kite melalui penjajahan budaya..membawa kita meninggalkn budaya Melayu Islam...akibatnye adalah apa yang kita lihat pada hari ini..semua bukan dari segi sosial sahaja malah dari sudut politik juge..(malas ulas ISA memanggil nanti)

oklah sampai sini je aku nak merapu..huhu..ape2 hal feel free to leave comment untuk memberi pendapat anda kerana semakin banyak pandangan semakin byk pemahaman..cara ini yang menjadikan Eropah maju walaupun berperang semasa gerakan Reformation dahulu..perpecahan mazhab menjadikan mereka berbeza aliran tetapi mampu duduk semeja untuk mencari jalan memjukan agama mereka dan menjatuhkan Islam..kenape kita tidak ikut cara mereka..Merah!Hijau!Biru cair?x pe suke atilah..huhu..ayuh duduk semeja..ketepikan fahaman politik..kepentingan peribadi..permusuhan peribadi..berbincang untuk membangunkan Islam..sekian..xkan Islam hilang didunia..ADIOS LATIGOS..


Sister in "Islam"?

Posted: Sunday, March 21, 2010 by izham27 in
3


FUHH...


lpas abis satu artikel wujud satu semangat ntah x taw aku nak gambarkan...semangat nak menulis dan menulis...huhu..aku baring2 cube untuk mencari idea baru...alhamdulillah disaat aku baring tuh Allah memberiku ilham untuk post terbaru nih..pasal SISTER IN ISLAM...ak pon bkk laman web nyer..

serba putih, dan keseluruhan isinye ku rase banyak berkisar mengenai bantahan mereka terhadap undang2 sebtan syariah...aku tertarik dengan satu caption dekat web tuh..DRESSING CODE IN ISLAM..ak tertarik sbb nak taw jugak ape dalil2 yang dorang gune untuk menghalalkan ape yang dorang wat slame nih iaitu membuka aurat...adakah mereka ingin membuka pekung di dada mereka sendiri..oppss..ayat ini agak kurang bersih..huhu..lalu aku memulakan pembacaan ku...

introduction nyer die x terangkan ape itu aurat tapi tentang sumber perundangan Islam iaitu seperti yang kite maklum al-Quran dan as-Sunnah..tapi yang aku paling terkejut bile habbis bace tentang introductionnye...mereka dengan jelas menolak autoriti penggunaan hadis...kirenye mereka inilah antare golongan anti hadis yang aku blaja dulu...mereka mengemukakan 11 Hujah untuk menolak penggunaan hadis menggunakan dalil al-Quran yang mereka tafsir sendiri dengan mnolak tafsiran ulama sendiri..wahh..hebat...
antare hujah yang dikemukan oleh mereka ialah:-
  1. al-Quran merupakan kitab yang lengkap. (Saye lihat ini merupakan antare ideologi barat yang direka untuk meracuni pemikiran orang Islam sendiri.Dengan hujah ini mereka dapat menarik golongan Islam yang kurang pengetahuan agama untuk mencari alasan untuk membalas hujah tersebut.Secare tidak lansung, mereka akan mencari alasan untuk menyatakan bahawa al-Quran itu tidak lengkap dan memerlukan penambahan..licik bukan?)
  2. Al-Quran sudah diperincikan. Apabila tuhan mengatakan ia sudah terperinci maka ia jelas terperinci. Tuhan tidak melakukan kerja separuh jalan.6:114
  3. Tuhan tidak memerlukan ape2 penambahan pade kitabNya.18:109
  4. Quran merupakan hadith terbaik.7:185
  5. Nabi Muhammad itu diwakili oleh la-Quran seperti Injil mewakili Nabi Isa. Baginda adalah pesuruh Allah bukan kerane baginda pesuruh Allah tetapi Baginda dianugerahkan al-Quran untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. (Habis nabi2 lain yang x dikurniakan kitab bukan pesuruh Allah hanya kerana mereka tidak dikurniakan kitab..cth: nabi Nuh yang menyeru kepada kaumnya supaya mentauhidkan Allah)
Ade banyak lagi cume aku x termampu utk menulisnye...aku sedar aku perlu menuntut ilmu agama dengan lebih lagi sebab di luar tu bayk cabaran dan dugaan yang perlu dilalui..kesimpulannye ak nak tegaskan kite orang Islam mesti berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah..kerana kite tahu ape yang diperintahkan Rasululah adalah perintah Allah.Kat sini jelas2 dah mereka ini sebenarnye mewakili sape....sape?LU PIKIRLAH SENDIRI....



SENTUHAN PERTAMA

Posted: Thursday, March 18, 2010 by izham27 in
0

ASSALAMULAIKUM...

Ini merupakan kali pertama saya mencuba untuk menulis dalam blog ini..dan untuk penulisan pertama saya kali ini biarlah saya menggunakan sumber yang senang iaitu dari khutbah jumaat yang bertarikh 19/3/2010.. yang menyentuh mengenai isu menghina hukuman sebatan syarie yang dikenakan kepada tiga orang wanita di penjara Kajang

Memetik satu kenyataan media berbahasa Inggeris iaitu the Star yang ditulis oleh warga Malaysia sendiri berbangsa India yang mengundang rasa tidak puas hati SESETENGAH pihak (sbb ade jugak orang Islam sendiri menolak hukum syariah). Antara yang ditulis oleh beliau ialah:-
  1. Tindakn tersebut bertentangan dengan undang persekutuan yang menghalang hukuman sebatan terhadap wanita
  2. Hukuman sebatan ini katanya jelas bertentangan dengan hak asasi manusia dan mendiskriminasikan wanita
  3. Undang syariah telah lapuk dan perlu dipinda
  4. Kesalahan yang dilakukan oleh wanita tersebut adalah bersifat peribadi
  5. Undang2 syariah lompong dan banyak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia
  6. Agama merupakan pilihan bukan paksaan
  7. Kami sudah lihat akibat apabila agama dibawa oleh golongan ekstermis dan disalah guna oleh golongan pelampau
  8. Ada bukti ramai wanita melayu Malaysia khususnya berhijrah keluar dari negara ini kerana merasakan hak individu mereka terhad
  9. Kita telah melepasi saat itu dan jangan biarkan golongan pelampau kecil ini membawa kita kembali kepada era kegelapan
Berdasarkan dr ape yang ditulis oleh uncle sorang nih jelaslah bahawa die sendiri tidak tahu menahu tentang ape2 tentang hukumaan syariah malah hukuman sebatan itu sendiri..die menulis atas dasar apa yang die tahu bukan apa yang sepatut die tahu...die mgkin terlupa atau x tahu bahawa dengan undang ini lah Islam membantu orangEropah untuk keluar dr kemunduran dek zaman Gelap yang dihadapi mereka...dan oleh itu KITA sebagai orang Islam perlu memainkan peranan yang penting dalam menerangkan kepada mereka seterusnya menjamin kesucian agama agar terpelihara

Harap nukilan kali ini berinfomasi kepada reader skalian dan klu ade ape2 jgn malu2 untuk meletakkan komen..saye perlukan komen anda untuk penambah baikan untuk nukilan akn datang..huhu