Manikam Kalbu

Posted: Wednesday, March 31, 2010 by izham27 in
2


Assalamualaikum

Kali ini aku nak tulis satu pos pasal novel yang aku telah bace karangan seorang pengarang yang prolifik dan penuh kontroversi di negara ini..siapa lagi x lain dan x bukan..Faisal Tehrani..novel ini bertajuk Manikam Kalbu dan banyak berkisar tentang dunia fesyen dan Islam..novel berkisar mengenai dua zaman berbeza iaitu zaman sekarang dan zaman kesultanan melayu melaka semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah yang terkenal dengan kewarakannya..dua watak utama dari dua zaman berbeza tetapi dengan stu misi..mentajdidkan busana melayu...aku meneruskan kajian aku tentang asal usul baju Melayu dan baju kurung sebab tertanye tanye betul ke Manikam Kalbu..adakah ia fakta atau cuma watak fiksyen yang diadakan oleh penulis?
Aku mulakan kajian melalui bacaan sebab sumber sejarah ni kene banyak membace..kene bace baru boleh menulis..teringat kata2 A Samad Said kepada Faisal Tehrani semase hendak baru2 menulis..katenye ade 5 tips untuk menulis pertama kita perlu membaca,kedua membaca,ketiga mambaca,keempat membaca dan kelima menulis..jika kelima itu membaca maka dia boleh menjadi pembaca sahaja...mengenai kajian aku nih ak cri sape yang mengasaskan baju melayu dan baju kurung..klu diikutkan dalam novel ini diceritakan baginda sultan teklah bermimpikantentang puterinya yang berpakaian yang tidak elok lalu diadaka pertandingan mencipta busan yang akhirnya dimenangi oleh seorang golongan bawahan bernama Manikam Kalbu...lalu berlayarlah manikam kalbu ini kesuluruh nusantara untuk mempelajari seni seni busana Melayu..
Antara isu yang nak diketengahkan kepada pembaca setakat yang sya paham ialah:
  1. Falsafah di sebalik busana Melayu itu sendiri. Antaranya ialah konsep rekaan baju kurung itu sendiri..Wanita hari ini perlu tahu apa yang dipakai oleh mreka...ini petikan dalam novel mengenai baju kurung
Tuanku, pacal namakan busana pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa, dan tidak mengetam. Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai bersama, tahu cara memakainya dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya. Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong

Selain itu terdapat juga falsafah busana melayu dalam rekaan baju melayu itu sendiri. Kite nih termasuklah aku x pernah terpikir sebab ape baju melayu itu direka seperti itu..tidak seperti pakaian kaum lain..seperti dhoti ker..samfoo ker..ha..tengok petikan ini

“Apakah maknanya baju yang pertama itu berbutang lima sedang baju yang kedua ini pula berbutang satu?

“Ampun tuanku, beribu ampun. Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat limat waktu justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah ketiganya itu mengingatkan kepada puasa Ramadan dan yang keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik haji.”

“Teruskan! Teruskan!”

“Ampun, Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan ALlah yang satu. Pacal bayangkan bumi ini bulat sperti mulut belanga dan kita duduk mukanya sebagai abdi Tuhan.”

Berdasarkan daripada petikan petikan dari novel ini kita lihat pereka busana Melayu zaman dahulu mementingkan sebab kepada sesuatu yang diciptakannya..semua yang dicipta ada fikirannya,logikalnya,akidahnya,akhlaknyer...Busana yang dicipta tidak hanya memntingkan nilai estetika hingga mneggadaikan syariah Islam supaya menutup aurat..Islam itu indah dan jangan kita merosakkan keindahan yang Islam ada dengan mencipta pakaian yang jelas bertentangan dengan apa yang Islam unjurkan...

OH!fesyen Melayu itu seperti sudah ketinggalan zaman...tidak mengikut peredaran zaman..hanya sesuai diamalkan oleh orang Melayu kampung sahaja..tidak sesuai..tetapi saya/aku fikir tetap ade rakyat negera ini yang bukan Melayu malah turut menggemari memakai busana Melayu..kenapa jika kita fikir mungkin pakaian baju kurung ini lebih selesa berbanding pakaian yang ketat2..susah hendak bergerak..ini jawapan yang aku terima dari officer kat opis mak aku yang berbangse Cina...mungkin jawapan itu belum cukup kuat tetapi kita fikir ayat ayat ini..

Kata-kata bernas Cikgu Chee membuka matanya. “Ziryab, awak tahu kenapa saya sangat suka memakai baju kurung? Soalnya bukan terletak pada hakikat baju kurung itu hak Melayu. Soalnya ialah apakah unsur keperibadian Melayu dalam baju kurung itu yang boleh diterima dan diterapkan dalam pembinaan bangsa Malaysia? Baju kurung menampung banyak makna pada kata-kata saya tadi. Fikirkanlah. ..”

Walaupun ayat ayat ini hanya hasil cetusan idea dari pengarang sendiri yang berbangsa Melayu namun jika kita faham dan kita praktikkan idea ini tidak mustahil busana Melayu boleh menjadi pilihan..bukan Bangsa Melayu sahaja yang mengalami kemerosotan budaya malah bangsa lain turut mengalami nasib yang sama dek hujan idealogi barat yang semakin lebat menghujani negara ini yang bertindak seperti hujan said yang menghakis norma norma MURNI masyarakat Malaysia yang diamalkan sejak dahulu...kita singkap kembali sejarah Islam semasa kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah terdapat golongan Mozarab iaitu glongan yang mengamalkn budaya Arab Islam (bukan Arab Jahiliyyah)ini bermakna budaya Melayu yang bertunjangkan Islam juga mampu mencapai tahap yang sama.

Sampai sini je ulasan buku Manikam Kalbu...kita perlu ingat bahawa novel itu sepatutnya bukan sekadar cerita tetapi ade pemikiranya..huhu..baru boleh mengubah manusia bukan hiburan semata mata yang melalaikan dan menjauhkn kita dari Allah..Yang penting bacalah novel ni..bes!lain dari yang lain....sains itu proses manakala seni itu hasilnya

Pabila Sunan bertemu Tuah

Posted: Thursday, March 25, 2010 by izham27 in
2


Salam intelektual kepada sume..huhu


Aku rase tajuk kali ni mesti ade sesetengah orang tahu mane aku amik..kepade yang x taw Sunan ni aku amik dr novel trilogi Bagaikan Puteri karangan Ramlee Awang Murshid dan yang terbaru sambungannya Cinta Sufi...kat sini bkn nak cite pasal novel tuh sebab ade orang x bace lagi novel tuh nnti ade owg marah ek..(senanye ade idea tp isi kurang skit..huhuhu..sowi!)

Ok!skrang kite berbalik kepada isu utama yang aku nak utarakan melalui tajuk diatas nih..sebelum tuh biar aku perkenalkan siape Sunan nih..die ni hanya watak rekaan sendiri oleh penulis(rasenye) walaupun dalam novel ini berkait rapt dengan Kesultanan Melayu Melaka malah ade bersangkut paut dengan Hang Tuah..apepun syabas kepade author kerane berjaya menghidupkan watak Sunan ini ataupun nama sebenarnye Saifuddin, lelaki berduka dari Rencong..x payah cari dalam internet sape die nih..wujud ke x..Laksamana Sunan ini merupakan seorang yang alim dan kuat beribadah mengikut gambaran penulis...Die juga handal bertarung bersama Keris Nanngroe pemberian guru agamenye di Acheh, Wali Sufi..seorang yang tenang dan bijak membuat keputusan..kepada pembaca novel ini pasti akan mengatakan bahawa Laksaman Sunan ini merupakan pahlawan Islam terkenal di Nusantara ini..(jika wujud)

Laksamana Hang Tuah..sape yang x tahu tentang die nih...kehandalannya disebut2 dalam kesusasteraan Melayu iaitu Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang dan dalam Hikayat Hang Tuah...Berdasarkan penceritaan tentang Hang Tuah ini merupakan seorang yang gagah perkasa bersama Taming Sarinya..seorang hero kepada orang Melayu ketika itu seperti Ultraman menjadi hero kepada kanak2 pada hari ini..

Isu yang disentuh oleh aku/saye kali ini adalah pabila Sunan bertemu Tuah..Sunan yang digambarkan sebagai pejuang Islam bertemu dengan Hang Tuah pendekar Melayu...walaupun hanya wujud dalam novel sahaja tapi saye rase ini merupakan antara isu yang ingin diutarakan oleh pengarang sendiri..apabila Islam bergabung dengan Melayu..terdapt babak dalam novel Cinta Sufi di mana kedua2 pahalawan ini bergabung tenaga untuk menentang soldadu Portugis..walaupun hanya fiksyen semata-mata tetapi jika kita mengambil isu ini sebaiknya dan menjyakannya insya allah Islam akn dipandang Mulia semula di Nusantara ini(x perlu g jauh2)

X boleh budaya x boleh dicampuradukkan dengan agama..begitulah nnti ade jawapan yang akan kedengaran...macam nih hasil pemahaman saye (klu ade salah betulkan ek!)..Islam yang tiba di Nusantara ini merupakan Islam kebudayaan..mengapa saya berkata begitu..cara Islam tersebar di Nusantara ini agak berbeza sedikit dari tempat lain..semasa Islam tiba di sini pada awalnya di Acheh(Islam tiba lebih awal di Indonesia)Wali Songo sendiri menghadapi kesukaran untuk menyebarkan Islam di mana orang di Nusantara in sangat kuat berpegang dengan budayanya..jadi mereka menggunakan budaya itu sendiri untuk menyebarkan sendiri seperti wayang kulit, penceritaan, dan sebagainya..hasilnye Islam berjaya tersebar dan hasilnya wujud kerajaan Islam seperti Kesultanan Demak dan Kesultanan Cirebon

Di Negara ini kita lihat sendiri masalh sosial semakin menjadi2...apa sebabnye?agama ditinggalkan dan budaya murni Melayu diperkotak katikkan..Kita tinggal budaya Melayu Islam dan memilih untuk beramal dengan budaya hedonisme dan berfikir dengan pemikiran pasca moden yang menolak kepada kekuasaan mutlak(dalam Islam: kpd Tuhan dan Rasulnya)..kita lebih senang mengatakan ah!Islam itu luas dan bebas..x de paksaan..itu sume pemikiran Barat yang cube diserapkan dlam pemikiran kite melalui penjajahan budaya..membawa kita meninggalkn budaya Melayu Islam...akibatnye adalah apa yang kita lihat pada hari ini..semua bukan dari segi sosial sahaja malah dari sudut politik juge..(malas ulas ISA memanggil nanti)

oklah sampai sini je aku nak merapu..huhu..ape2 hal feel free to leave comment untuk memberi pendapat anda kerana semakin banyak pandangan semakin byk pemahaman..cara ini yang menjadikan Eropah maju walaupun berperang semasa gerakan Reformation dahulu..perpecahan mazhab menjadikan mereka berbeza aliran tetapi mampu duduk semeja untuk mencari jalan memjukan agama mereka dan menjatuhkan Islam..kenape kita tidak ikut cara mereka..Merah!Hijau!Biru cair?x pe suke atilah..huhu..ayuh duduk semeja..ketepikan fahaman politik..kepentingan peribadi..permusuhan peribadi..berbincang untuk membangunkan Islam..sekian..xkan Islam hilang didunia..ADIOS LATIGOS..


Sister in "Islam"?

Posted: Sunday, March 21, 2010 by izham27 in
3


FUHH...


lpas abis satu artikel wujud satu semangat ntah x taw aku nak gambarkan...semangat nak menulis dan menulis...huhu..aku baring2 cube untuk mencari idea baru...alhamdulillah disaat aku baring tuh Allah memberiku ilham untuk post terbaru nih..pasal SISTER IN ISLAM...ak pon bkk laman web nyer..

serba putih, dan keseluruhan isinye ku rase banyak berkisar mengenai bantahan mereka terhadap undang2 sebtan syariah...aku tertarik dengan satu caption dekat web tuh..DRESSING CODE IN ISLAM..ak tertarik sbb nak taw jugak ape dalil2 yang dorang gune untuk menghalalkan ape yang dorang wat slame nih iaitu membuka aurat...adakah mereka ingin membuka pekung di dada mereka sendiri..oppss..ayat ini agak kurang bersih..huhu..lalu aku memulakan pembacaan ku...

introduction nyer die x terangkan ape itu aurat tapi tentang sumber perundangan Islam iaitu seperti yang kite maklum al-Quran dan as-Sunnah..tapi yang aku paling terkejut bile habbis bace tentang introductionnye...mereka dengan jelas menolak autoriti penggunaan hadis...kirenye mereka inilah antare golongan anti hadis yang aku blaja dulu...mereka mengemukakan 11 Hujah untuk menolak penggunaan hadis menggunakan dalil al-Quran yang mereka tafsir sendiri dengan mnolak tafsiran ulama sendiri..wahh..hebat...
antare hujah yang dikemukan oleh mereka ialah:-
  1. al-Quran merupakan kitab yang lengkap. (Saye lihat ini merupakan antare ideologi barat yang direka untuk meracuni pemikiran orang Islam sendiri.Dengan hujah ini mereka dapat menarik golongan Islam yang kurang pengetahuan agama untuk mencari alasan untuk membalas hujah tersebut.Secare tidak lansung, mereka akan mencari alasan untuk menyatakan bahawa al-Quran itu tidak lengkap dan memerlukan penambahan..licik bukan?)
  2. Al-Quran sudah diperincikan. Apabila tuhan mengatakan ia sudah terperinci maka ia jelas terperinci. Tuhan tidak melakukan kerja separuh jalan.6:114
  3. Tuhan tidak memerlukan ape2 penambahan pade kitabNya.18:109
  4. Quran merupakan hadith terbaik.7:185
  5. Nabi Muhammad itu diwakili oleh la-Quran seperti Injil mewakili Nabi Isa. Baginda adalah pesuruh Allah bukan kerane baginda pesuruh Allah tetapi Baginda dianugerahkan al-Quran untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. (Habis nabi2 lain yang x dikurniakan kitab bukan pesuruh Allah hanya kerana mereka tidak dikurniakan kitab..cth: nabi Nuh yang menyeru kepada kaumnya supaya mentauhidkan Allah)
Ade banyak lagi cume aku x termampu utk menulisnye...aku sedar aku perlu menuntut ilmu agama dengan lebih lagi sebab di luar tu bayk cabaran dan dugaan yang perlu dilalui..kesimpulannye ak nak tegaskan kite orang Islam mesti berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah..kerana kite tahu ape yang diperintahkan Rasululah adalah perintah Allah.Kat sini jelas2 dah mereka ini sebenarnye mewakili sape....sape?LU PIKIRLAH SENDIRI....



SENTUHAN PERTAMA

Posted: Thursday, March 18, 2010 by izham27 in
0

ASSALAMULAIKUM...

Ini merupakan kali pertama saya mencuba untuk menulis dalam blog ini..dan untuk penulisan pertama saya kali ini biarlah saya menggunakan sumber yang senang iaitu dari khutbah jumaat yang bertarikh 19/3/2010.. yang menyentuh mengenai isu menghina hukuman sebatan syarie yang dikenakan kepada tiga orang wanita di penjara Kajang

Memetik satu kenyataan media berbahasa Inggeris iaitu the Star yang ditulis oleh warga Malaysia sendiri berbangsa India yang mengundang rasa tidak puas hati SESETENGAH pihak (sbb ade jugak orang Islam sendiri menolak hukum syariah). Antara yang ditulis oleh beliau ialah:-
  1. Tindakn tersebut bertentangan dengan undang persekutuan yang menghalang hukuman sebatan terhadap wanita
  2. Hukuman sebatan ini katanya jelas bertentangan dengan hak asasi manusia dan mendiskriminasikan wanita
  3. Undang syariah telah lapuk dan perlu dipinda
  4. Kesalahan yang dilakukan oleh wanita tersebut adalah bersifat peribadi
  5. Undang2 syariah lompong dan banyak menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia
  6. Agama merupakan pilihan bukan paksaan
  7. Kami sudah lihat akibat apabila agama dibawa oleh golongan ekstermis dan disalah guna oleh golongan pelampau
  8. Ada bukti ramai wanita melayu Malaysia khususnya berhijrah keluar dari negara ini kerana merasakan hak individu mereka terhad
  9. Kita telah melepasi saat itu dan jangan biarkan golongan pelampau kecil ini membawa kita kembali kepada era kegelapan
Berdasarkan dr ape yang ditulis oleh uncle sorang nih jelaslah bahawa die sendiri tidak tahu menahu tentang ape2 tentang hukumaan syariah malah hukuman sebatan itu sendiri..die menulis atas dasar apa yang die tahu bukan apa yang sepatut die tahu...die mgkin terlupa atau x tahu bahawa dengan undang ini lah Islam membantu orangEropah untuk keluar dr kemunduran dek zaman Gelap yang dihadapi mereka...dan oleh itu KITA sebagai orang Islam perlu memainkan peranan yang penting dalam menerangkan kepada mereka seterusnya menjamin kesucian agama agar terpelihara

Harap nukilan kali ini berinfomasi kepada reader skalian dan klu ade ape2 jgn malu2 untuk meletakkan komen..saye perlukan komen anda untuk penambah baikan untuk nukilan akn datang..huhu