Pabila Sunan bertemu Tuah

Posted: Thursday, March 25, 2010 by izham27 in
2


Salam intelektual kepada sume..huhu


Aku rase tajuk kali ni mesti ade sesetengah orang tahu mane aku amik..kepade yang x taw Sunan ni aku amik dr novel trilogi Bagaikan Puteri karangan Ramlee Awang Murshid dan yang terbaru sambungannya Cinta Sufi...kat sini bkn nak cite pasal novel tuh sebab ade orang x bace lagi novel tuh nnti ade owg marah ek..(senanye ade idea tp isi kurang skit..huhuhu..sowi!)

Ok!skrang kite berbalik kepada isu utama yang aku nak utarakan melalui tajuk diatas nih..sebelum tuh biar aku perkenalkan siape Sunan nih..die ni hanya watak rekaan sendiri oleh penulis(rasenye) walaupun dalam novel ini berkait rapt dengan Kesultanan Melayu Melaka malah ade bersangkut paut dengan Hang Tuah..apepun syabas kepade author kerane berjaya menghidupkan watak Sunan ini ataupun nama sebenarnye Saifuddin, lelaki berduka dari Rencong..x payah cari dalam internet sape die nih..wujud ke x..Laksamana Sunan ini merupakan seorang yang alim dan kuat beribadah mengikut gambaran penulis...Die juga handal bertarung bersama Keris Nanngroe pemberian guru agamenye di Acheh, Wali Sufi..seorang yang tenang dan bijak membuat keputusan..kepada pembaca novel ini pasti akan mengatakan bahawa Laksaman Sunan ini merupakan pahlawan Islam terkenal di Nusantara ini..(jika wujud)

Laksamana Hang Tuah..sape yang x tahu tentang die nih...kehandalannya disebut2 dalam kesusasteraan Melayu iaitu Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang dan dalam Hikayat Hang Tuah...Berdasarkan penceritaan tentang Hang Tuah ini merupakan seorang yang gagah perkasa bersama Taming Sarinya..seorang hero kepada orang Melayu ketika itu seperti Ultraman menjadi hero kepada kanak2 pada hari ini..

Isu yang disentuh oleh aku/saye kali ini adalah pabila Sunan bertemu Tuah..Sunan yang digambarkan sebagai pejuang Islam bertemu dengan Hang Tuah pendekar Melayu...walaupun hanya wujud dalam novel sahaja tapi saye rase ini merupakan antara isu yang ingin diutarakan oleh pengarang sendiri..apabila Islam bergabung dengan Melayu..terdapt babak dalam novel Cinta Sufi di mana kedua2 pahalawan ini bergabung tenaga untuk menentang soldadu Portugis..walaupun hanya fiksyen semata-mata tetapi jika kita mengambil isu ini sebaiknya dan menjyakannya insya allah Islam akn dipandang Mulia semula di Nusantara ini(x perlu g jauh2)

X boleh budaya x boleh dicampuradukkan dengan agama..begitulah nnti ade jawapan yang akan kedengaran...macam nih hasil pemahaman saye (klu ade salah betulkan ek!)..Islam yang tiba di Nusantara ini merupakan Islam kebudayaan..mengapa saya berkata begitu..cara Islam tersebar di Nusantara ini agak berbeza sedikit dari tempat lain..semasa Islam tiba di sini pada awalnya di Acheh(Islam tiba lebih awal di Indonesia)Wali Songo sendiri menghadapi kesukaran untuk menyebarkan Islam di mana orang di Nusantara in sangat kuat berpegang dengan budayanya..jadi mereka menggunakan budaya itu sendiri untuk menyebarkan sendiri seperti wayang kulit, penceritaan, dan sebagainya..hasilnye Islam berjaya tersebar dan hasilnya wujud kerajaan Islam seperti Kesultanan Demak dan Kesultanan Cirebon

Di Negara ini kita lihat sendiri masalh sosial semakin menjadi2...apa sebabnye?agama ditinggalkan dan budaya murni Melayu diperkotak katikkan..Kita tinggal budaya Melayu Islam dan memilih untuk beramal dengan budaya hedonisme dan berfikir dengan pemikiran pasca moden yang menolak kepada kekuasaan mutlak(dalam Islam: kpd Tuhan dan Rasulnya)..kita lebih senang mengatakan ah!Islam itu luas dan bebas..x de paksaan..itu sume pemikiran Barat yang cube diserapkan dlam pemikiran kite melalui penjajahan budaya..membawa kita meninggalkn budaya Melayu Islam...akibatnye adalah apa yang kita lihat pada hari ini..semua bukan dari segi sosial sahaja malah dari sudut politik juge..(malas ulas ISA memanggil nanti)

oklah sampai sini je aku nak merapu..huhu..ape2 hal feel free to leave comment untuk memberi pendapat anda kerana semakin banyak pandangan semakin byk pemahaman..cara ini yang menjadikan Eropah maju walaupun berperang semasa gerakan Reformation dahulu..perpecahan mazhab menjadikan mereka berbeza aliran tetapi mampu duduk semeja untuk mencari jalan memjukan agama mereka dan menjatuhkan Islam..kenape kita tidak ikut cara mereka..Merah!Hijau!Biru cair?x pe suke atilah..huhu..ayuh duduk semeja..ketepikan fahaman politik..kepentingan peribadi..permusuhan peribadi..berbincang untuk membangunkan Islam..sekian..xkan Islam hilang didunia..ADIOS LATIGOS..


2 comments:

  1. err

    ne ke nOvel cinta sufi

    sekali ku rebah

    berjuta kali ku bangkit?

    nice lOrh..

    =_='

  1. Anonymous says:

    wah...bagus2..ak pminat n0vel2 RAM
    bagus izham!!