Aku dan Rawa...

Posted: Sunday, April 11, 2010 by izham27 in
2



assalamualaikum semua taulan..


x tawla dah lame ker aku x mengupdate blog aku nih..banyak idea tapi x de isi nak tulis..tulis pasal cinta nanti orang laen kate aku ini budak jiwang..kui3..x pe kali ini biarlah aku kongsi topik yang lebih ringan iaitu topik sejarah keluargaku..haha..bapaku seorang anak rawa manakala ibuku campuran kelantan-pakistan..ha..campuran uh..yang nak aku kongsikan kat sini adalah perihal asal usul keluaga bapaku iaitu melayu Rawa..pelik?x pernah mendengar akan rawa?jawa pernah la kan...huhu.Melayu Rawa ni juga dikenali sebagai Rao dan di sumatera dikenali sebagai Mandailing

Melayu Rao ini bagi aku macam lebih kurang macam melayu kat negeri sembilan dari segi pertuturannya..cume kami Melayu Rao tidaklah bereden, eden=saye..klu dalam Rawa,korang=kilen..ha..pernah tengok x iklan air berkarbonat yang azlee senario berlakon tuh..ade perkataan rawa digunakan sebenarnye..on daii..tu la antara frasa Rawa yang aku sendiri pun x tahu maksud nyer..huhu..sebenrnye aku pon x tahu aku nih Melayu Rawa tapi mase raye tahun lepas barulah aku tahu bile pakcik aku mintak bapak aku join lawan web komuniti orang Rawa. Lagi satu pasal bahase Rawa yang aku ingat aadalh dorang menambah -iang kat belakan ayat seperti kencing=konciang,kucing=kuciang..camtulah lebih kurang

Melayu Rawa ni dahulunya sarat dengan adat perpatih dan ilmu ghaib dan sekarang ni kurang diamalkan sebab kita semua tahu bende yang bertentangan dengan syariat Islam..yang perpatih tu x lah..sejarah Melayu Rawa bermula di Kecamatan (daerah kecil) Rao Mapat Tunggul,di dalam Kabupaten (daerah) Pasaman, Propinsi(negeri) Sumatera Barat, Indonesia..pekerjaan utama suku Melayu Rao ialah petani, pedagang, pelombong dan mahir juga dalam pentadbiran dan keagamaan

Hijrah Rao ke Tanah Melayu

Mengikut sejarah, suku kaum Rao yang mula-mula sekali berhijrah ke Tanah Melayu ialah golongan petani. Ini berlaku sekitar abad ke 5 Masehi. Faktor perdagangan bebas semasa zaman Kesultanan Melaka di abad ke 15 Masehi telah menggalakkan Iebih ramai kaum Rao merantau, berdagang dan bermastautin di Tanah Melayu.

Kerancakan aktiviti perlombongan emas di abad 17 Masehi dan perlombongan bijih timah di abad 18 Masehi telah mendorong sebahagian besar para pelombong suku kaum Rao ke Tanah Melayu, melalul Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang).

Penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu berlaku semasa Perang Padri (1816-1833) di Indonesia semasa zaman pemerintahan penjajah Belanda. Sebahagian besarnya terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan, panglima dan sebagainya. Berikut ialah proses penghijrahan Rao mengikut negeri:

• Negeri Sembilan

• Penghijrahan ke Seri Menanti di sekitar tahun 1773 dan melatul Sungai Ujong (Seremban) di sekitar tahun 1848

• Negeri Pahang

• Penghijrahan melalui Sungai Hulu Pahang (Bera, Hulu Pahang, Kuata Lipis, Raub, Bentong) sekitar tahun 1857-1863. Antaranya Tengku Khairul Alam, Pakeh Khalifah Saka, Tujuan Saka dll.

• Negeri Selangor

• Penghijrahan melalui Sungai Klang (Hulu Langat, Hulu Selangor) dan Sungai Selangor (Kalumpang, Ampang, Kuala Lumpur, Gombak) sekitar tahun 1867- 1873. Pelopornya belum lagi dapat dikenalpasti.

• Negeri Perak

• Penghijrahan melalul Sungai Perak, Sungal Bidor dan Sungai Bernam (Teluk Intan, Kuala Kangsar, Larut, Kinta, Gopeng, Tapah, Kampar) sekitar tahun 1875-76. Antaranya Datuk Sakti Putih dll.

• Negeri Kelantan

• Catatan sejarah juga menunjukkan bahawa suku kaum Rao turut berhijrah ke Kelantan melalul Pahang, khususnya di Jajahan Pasir Mas melaiui Sutan Amir Kaharuddin Budiman.

Dan aku berasal dari Melayu Rawa Perak di Selama,Kampung Medan..yang aku tahu la ade juga orang2 ternama yang berasal dari Melayu Rawa antaranye Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf bin Haji Abdullah Ar-Rawa, Amy Mastura, Rafidah Aziz, Tan Sri Aziz Samsuddin dan lain2..Akil Hayy?x taw la sbb die x de dalm buku yang aku baca tuh..mungkin x masuk lagi kot..oklah sampai sini sahaje nukilan x seberape aku ni..harap dapat menambahkan lagi pengetahuan anda tentang Melayu..sebab Melayu itu banyak sukunya di Nusantara ini Jawa, Minang, Pattani, Terengganu, Kelantan, Acheh dan lain2..kepade pembace harap sudi meninggalkan komen dan berkongsi info tentang asal usul anda..sekian, terima kasih...



THANKS FOR READING

P/S : minta maaf bahasa kurang indah...huhu



2 comments:

  1. alya says:

    seronok baca pasal kisah rawa ni...
    aku pun rawa gak...
    part hulu bernam....
    tapi tak pernah tau pun asal usul rawa ni..thanks for the information....

  1. eida says:

    haha, aq bukan rawa, xsgke kau rawa izham