Manikam Kalbu

Posted: Wednesday, March 31, 2010 by izham27 in
2


Assalamualaikum

Kali ini aku nak tulis satu pos pasal novel yang aku telah bace karangan seorang pengarang yang prolifik dan penuh kontroversi di negara ini..siapa lagi x lain dan x bukan..Faisal Tehrani..novel ini bertajuk Manikam Kalbu dan banyak berkisar tentang dunia fesyen dan Islam..novel berkisar mengenai dua zaman berbeza iaitu zaman sekarang dan zaman kesultanan melayu melaka semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah yang terkenal dengan kewarakannya..dua watak utama dari dua zaman berbeza tetapi dengan stu misi..mentajdidkan busana melayu...aku meneruskan kajian aku tentang asal usul baju Melayu dan baju kurung sebab tertanye tanye betul ke Manikam Kalbu..adakah ia fakta atau cuma watak fiksyen yang diadakan oleh penulis?
Aku mulakan kajian melalui bacaan sebab sumber sejarah ni kene banyak membace..kene bace baru boleh menulis..teringat kata2 A Samad Said kepada Faisal Tehrani semase hendak baru2 menulis..katenye ade 5 tips untuk menulis pertama kita perlu membaca,kedua membaca,ketiga mambaca,keempat membaca dan kelima menulis..jika kelima itu membaca maka dia boleh menjadi pembaca sahaja...mengenai kajian aku nih ak cri sape yang mengasaskan baju melayu dan baju kurung..klu diikutkan dalam novel ini diceritakan baginda sultan teklah bermimpikantentang puterinya yang berpakaian yang tidak elok lalu diadaka pertandingan mencipta busan yang akhirnya dimenangi oleh seorang golongan bawahan bernama Manikam Kalbu...lalu berlayarlah manikam kalbu ini kesuluruh nusantara untuk mempelajari seni seni busana Melayu..
Antara isu yang nak diketengahkan kepada pembaca setakat yang sya paham ialah:
  1. Falsafah di sebalik busana Melayu itu sendiri. Antaranya ialah konsep rekaan baju kurung itu sendiri..Wanita hari ini perlu tahu apa yang dipakai oleh mreka...ini petikan dalam novel mengenai baju kurung
Tuanku, pacal namakan busana pertama ini baju kurung. Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan. Tetapi dengan sedikit perbezaan. Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian Melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat. Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa, dan tidak mengetam. Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat. Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai bersama, tahu cara memakainya dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya. Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong. Oleh baju kurung itu sekali-kali si pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong

Selain itu terdapat juga falsafah busana melayu dalam rekaan baju melayu itu sendiri. Kite nih termasuklah aku x pernah terpikir sebab ape baju melayu itu direka seperti itu..tidak seperti pakaian kaum lain..seperti dhoti ker..samfoo ker..ha..tengok petikan ini

“Apakah maknanya baju yang pertama itu berbutang lima sedang baju yang kedua ini pula berbutang satu?

“Ampun tuanku, beribu ampun. Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam yakni yang atas itu mengucapkan dua kalimah syahadah, yang keduanya itu solat limat waktu justeru sesuai sekali baju kurung dibawa ke masjid. Rumah ketiganya itu mengingatkan kepada puasa Ramadan dan yang keempatnya supaya si pemakai sedar akan kewajipan berzakat dan yang terakhir ialah jika ada kemampuan, eloklah si pemakainya naik haji.”

“Teruskan! Teruskan!”

“Ampun, Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan ALlah yang satu. Pacal bayangkan bumi ini bulat sperti mulut belanga dan kita duduk mukanya sebagai abdi Tuhan.”

Berdasarkan daripada petikan petikan dari novel ini kita lihat pereka busana Melayu zaman dahulu mementingkan sebab kepada sesuatu yang diciptakannya..semua yang dicipta ada fikirannya,logikalnya,akidahnya,akhlaknyer...Busana yang dicipta tidak hanya memntingkan nilai estetika hingga mneggadaikan syariah Islam supaya menutup aurat..Islam itu indah dan jangan kita merosakkan keindahan yang Islam ada dengan mencipta pakaian yang jelas bertentangan dengan apa yang Islam unjurkan...

OH!fesyen Melayu itu seperti sudah ketinggalan zaman...tidak mengikut peredaran zaman..hanya sesuai diamalkan oleh orang Melayu kampung sahaja..tidak sesuai..tetapi saya/aku fikir tetap ade rakyat negera ini yang bukan Melayu malah turut menggemari memakai busana Melayu..kenapa jika kita fikir mungkin pakaian baju kurung ini lebih selesa berbanding pakaian yang ketat2..susah hendak bergerak..ini jawapan yang aku terima dari officer kat opis mak aku yang berbangse Cina...mungkin jawapan itu belum cukup kuat tetapi kita fikir ayat ayat ini..

Kata-kata bernas Cikgu Chee membuka matanya. “Ziryab, awak tahu kenapa saya sangat suka memakai baju kurung? Soalnya bukan terletak pada hakikat baju kurung itu hak Melayu. Soalnya ialah apakah unsur keperibadian Melayu dalam baju kurung itu yang boleh diterima dan diterapkan dalam pembinaan bangsa Malaysia? Baju kurung menampung banyak makna pada kata-kata saya tadi. Fikirkanlah. ..”

Walaupun ayat ayat ini hanya hasil cetusan idea dari pengarang sendiri yang berbangsa Melayu namun jika kita faham dan kita praktikkan idea ini tidak mustahil busana Melayu boleh menjadi pilihan..bukan Bangsa Melayu sahaja yang mengalami kemerosotan budaya malah bangsa lain turut mengalami nasib yang sama dek hujan idealogi barat yang semakin lebat menghujani negara ini yang bertindak seperti hujan said yang menghakis norma norma MURNI masyarakat Malaysia yang diamalkan sejak dahulu...kita singkap kembali sejarah Islam semasa kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah terdapat golongan Mozarab iaitu glongan yang mengamalkn budaya Arab Islam (bukan Arab Jahiliyyah)ini bermakna budaya Melayu yang bertunjangkan Islam juga mampu mencapai tahap yang sama.

Sampai sini je ulasan buku Manikam Kalbu...kita perlu ingat bahawa novel itu sepatutnya bukan sekadar cerita tetapi ade pemikiranya..huhu..baru boleh mengubah manusia bukan hiburan semata mata yang melalaikan dan menjauhkn kita dari Allah..Yang penting bacalah novel ni..bes!lain dari yang lain....sains itu proses manakala seni itu hasilnya

2 comments:

  1. Dalik says:

    Try baca ketupat cinta pulak, lagi best. Kali ni sejarah masakam di Tanah Melayu. erm, menarik tu..nak lagi advanced, bacalah saasatul ibaad. kontroversi...

  1. izham27 says:

    thanx 4 da suggestion...nak try bace..